Background

UNIT 5 : PETA


Objektif :
Dalam unit ini ada akan dapat :
-          Memahami ciri fizikal dan budaya dalam peta
-          Menyatakan kedudukan, arah dan jarak ciri geografi dalam peta lakar
-          Memahami penggunaan simbol-simbol dalam peta lakar
-          Mentafsikan peta

Dalam unit ini anda akan meneliti bagaimana Afiq melukis kawasan sekolahnya dalam peta lakar. Anda akan memahami ciri fizikal dan budaya dalam peta lakar tersebut. Anda juga akan memahami pelbagai simbol yang biasanya digunakan dalam sesuatu peta lakar.

5.1 Memahami Ciri Fizikal dan Budaya dalam Peta Lakar


Peta adalah lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi. Pada peta lakar ditunjukkan objek-objek yang disebut sebagai ciri geografi. Contohnya ialah bukit, sungai, hutan dan paya. Ciri semula jadi ini disebut sebagai ciri fizikal. Terdapat juga objek-objek buatan manusia. Objek-objek ini disebut sebagai ciri budaya, contohnya ialah sekolah, masjid, jalan raya, rumah dan jambatan.

            Sebelum melakarkan peta, Afiq membuat pemerhatian di kawasan sekitar sekolahnya, ciri fizikal dan budaya diperhatikan juga. Dengan menggunakan kompas, Afiq menentukan arah dan kedudukan sekolahnya. Kemudian, dia pun mula melakarkan peta kawasan tersebut.

            Afiq tidak melukis semua objek yang terdapat di kawasan itu pada peta lakarnya. Dia hanya melukis objek-objek yang penting dan yang ada kaitannya dengan arah dan kedudukan sekolahnya. Perhatikan peta lakarnya yang berikut ini


Peta 5.1 peta lakar kawasan sekolah yang dilukis oleh Afiq


5.2 Mengenal pasti Ciri Fizikal dan Budaya melalui Simbol dalam Peta Lakar

Apabila Afiq menunjukkan peta lakar itu kepada guru Geografi, Puan Mazlina, beliau menasihati Afiq supaya menggunakan simbol pada peta lakar itu supaya peta itu kelihatan lebih lengkap dan kemas. Simbol peta ialah suatu lukisan atau perkataan yang digunakan untuk mewakili ciri geografi. Contohnya, simbol ▄ digunakan untuk mewakili semua jenis petempatan. Petempatan ialah semua jenis binaan buatan manusia sebagai kediaman atau sebagai tempat kegiatan sosial dan ekonomi. Contohnya ialah rumah, sekolah, balai polis, hospital, pejabat dan kedai.

            Seterusnya Puan Mazlina menunjukkan beberapa contoh simbol yang menunjukkan ciri geografi seperti bukit, sungai, hutan, rumah ibadat, jalan kereta api dan sebagainya. Perhatikan Rajah 5.1 ini.




Rajah 5.1 Simbol-simbol bagi melukis peta lakar

Selain simbol yang berbentuk gambar rajah, singkatan digunakan juga untuk mewakili ciri geografi pada peta lakar. Bagaimanakah anda membezakan petempatan seperti pejabat pos, balai polis dan sekolah dalam peta lakar? Keadaan dibezakan dengan menggunakan singkatan. Perhatikan Jadual 5.1. Singkatan ini dapat anda gunakan untuk melukis peta lakar yang jelas dan lengkap.






5.3 Melukis Peta Lakar

Untuk membantu Afiq seterusnya, Puan Mazlina memberikan nota tentang panduan melukis peta lakar. Berikut adalah nota yang diberikan oleh beliau.

Langkah-langkah Melukis Peta Lakar
  1. Pilih simbol dan singkatan yang sesuai.
  2. Gunakan warna yang betul :



  1. Pastikan ciri dalam peta mempunyai label yang betul dan tepat.
  2. Masukkan arah mata angin.
  3. Lukis skala lurus yang sesuai.
  4. Masukkan juga petunjuk peta.

Dengan berdasarkan panduan dan bimbingan Puan Mazlina, Afiq melukis peta lakar kawasan sekolahnya semula. Perhatikan Peta 5.2 yang berikut ini.



Peta 5.2 Peta lakar kawasan sekolah Afiq dengan menggunakan simbol.



5.4 Mentafsirkan Peta Lakar

Anda sudah mempelajari cara melukis peta dengan menggunakan simbol. Tahukah anda cara mentafsirkan peta? Perhatikan Peta 5.2. Cuba tafsirkan peta tersebut. Jelaskan ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta lakar itu. Jelaskan juga perkara-perkara seperti arah, jarak, dan kedudukan ciri geografi itu. Kemudian, bandingkan tafsiran anda dengan tafsiran yang dibuat oleh Afiq yang berikut ini.

Tafsiran Peta 5.2 : Kawasan Sekolah Afiq

Peta lakar ini menunjukkan kawasan sekitar sekolah. Di kawasan sekitar sekolah terdapat bukit, paya, sawah, sungai dan masjid. Kawasan bukit dapat dilihat di bahagian barat laut peta. Sungai Gawar mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah, iaitu dari arah barat laut ke arah tenggara. Kawasan paya terdapat di bahagian barat peta. Kawasan paya merupakan kawasan yang paling rendah dalam peta dan tidak mempunyai petempatan.
           
Terdapat sebuah masjid di bahagian timur laut peta. Jarak lurus dari sekolah ke masjid melalui jalan raya ialah 4 km. Di bahagian timur peta pula kelihatan sawah padi. Dapatlah dikatakan bahawa bersawah adalah antara pekerjaan utama sebilangan utama besar penduduk di kawasan ini.

Rumusan












KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply